KliK-KLIK-KliK

Jambatan Kedua Pulau Pinang

Pada tahun 13 Ogos 1985 Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad telah merasmikan Jambatan Pulau Pinang dan pada 14 September ia dibuka secara rasminya kepada awam. Jambatan Pulau Pinang menghubungkan Perai di tanah besar dengan Gelugor di pulau. Pada tahun 2008 Jambatan Pulau Pinang telah dilebarkan menjadi 6 lorong. Jambatan Pulau Pinang merupakan antara jambatan cable-stayed terawal di Asia Tenggara. Kalau nak tau apa tu cable-stayed bridge klik sini  . Namun jalan masih lagi sesak. Pada November 2006 penanaman ceruruk besi untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang dimulakan dan pembinaan bermula pada 2008. Projek ini ditanggu 9 bulan bermula April 2008. Kini projek Jambatan Kedua Pulau Pinang sudah hampir siap 80%. Jambatan Kedua Pulau Pinang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dengan Batu Maung di sebelah pulau.

Ni fakta ringkas pasal perbezaan jambatan yang lama dan yang baru
Yang ni peta lokasi jambatan dan kedudukan plaza tol. Untuk pengetahuan satu persimpangan susur keluar baru (Batu Kawan) akan dibuat dari Hiway Plus. Pastu jalan ni akan terus ke persimpangan dengan jalan biasa dan terus ke plaza tol jambatan. Sebab ada dua plaza tol sebab Hiway Plus adalah sistem tol tertutup manakala Jambatan Kedua adalah sistem tol terbuka.. Kalau nak tau pasal sistem tol ni klik sini  .


Kat bawah ni gambar-gambar pembinaan Jambatan kedua Pulau Pinang. Sekarang dah 80% progress.. Bila dah siap nanti jambatan ni dapat kurangkan kesesakan kat jambatan yang dok ada.. 

kabel yang berfungsi memegang dek2 jambatan di navigation span (ruang untuk kapal lalu kat bawah)


bahagian tepi jambatan


pekerja di atas dek box girder


berat dek ditampung oleh kekuatan kabel.


Jambatan kedua menggunakan  box girder. Berbeza dengan  jambatan lama yang menggunakan  beam girder.


hujung box girder yang disokong oleh tiang.


Binaan menara dilindungi dengan besi. Jambatan lama dilindungi dengan pulau buatan.






kekuatan kabel amat kuat bagi menampung berat dek jambatan.


lakaran jambatan yang telah siap


Jambatan Kedua Pulau Pinang menyediakan lorong khas untuk pengguna motosikal


Hujung dek yang masih belum bercantum.


pemandangan jambatan dari jauh


Pagar konkrit yang memerlukan sokongan sebelum benar-benar kukuh.







Rakyat Pulau Pinang sememangnya sudah tidak sabar untuk menunggu siapnya sebuah lagi megastructure terhebat di Asia Tenggara. Selepas ni ada perancangan untuk membina terowong dasar laut dari Bagan Ajam ke Gurney dan sistem monorail yang merentasi Jambatan Pulau Pinang.

kliK-Klik-Klik