KliK-KLIK-KliK

Masjid Abdullah Fahim Bertam, Kepala Batas


BERTAM, KEPALA BATAS- 
Pada 1 Oktober 2012 telah berlansungnya Majlis Penyerahan Masjid Abdullah Fahim Bertam, Kepala Batas pada jam 10.30 pagi bertempat di Masjid Abdullah Fahim. Majlis Penyerahan tersebut diadakan sebagai tanda projek telah siap dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik iaitu Khasal Jaya Sdn Bhd dan telah disempurnakan oleh Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah YBhg YB ADUN Pinang Tunggal, YB ADUN Bertam serta pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang, JKR Negeri Pulau Pinang, Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.

Masjid Abdullah Fahim adalah hasil cetusan idea YAB Perdana Menteri ke-5 iaitu Tun Abdullah bin Ahmad Badawi sebagai salah satu mercu pembangunan di Kawasan Parlimen Kepala Batas. Masjid ini mula dibina pada Tahun 2009 dan telah siap sepenuhnya pada 28 September 2012 dengan kos sebanyak RM26 juta. Masjid Abdullah Fahim yang tersergam indah di Kepala Batas ini juga telah diishtihar sebagai Masjid Daerah Seberang Perai Utara oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang. 












kliK-Klik-Klik