KliK-KLIK-KliK

FIFA WOLD CUP 2014 VS NIKMaT RaMAdHaN TiBa 2014



Umat Islam di Malaysia dijangka dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini (2014) pada 29 Jun
Makluman tentang perkara ini adalah berdasarkan rujukan terhadap tarikh-tarikh penting dalam Islam untuk tahun 2014 /1435-1436 H bagi negara Malaysia

Dalam senarai tarikh penting Islam yang dikeluarkan oleh  Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia itu, 1 Ramadhan 1435 adalah bersamaan pada 29 Jun 2014

Bagaimanapun, tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan 2014 itu masih tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, yang akan mengumumkan dan menetapkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti

Kemaskini : Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Pada 29 Jun 2014, Ahad
Seluruh umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad ini, demikian menurut pengisytiharan puasa yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Datuk Syed Danial Syed Ahmad telah mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 29 Jun 2014 bersamaan 1 Ramadhan 1435h bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-RajA.

   VS

..
Kejohanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2014 kembali! Mulai 12 Jun hingga 13 Julai ini kita akan menyaksikan sebanyak 32 buah negara berentap di Brazil dan pasukan manakah yang akan meraih gelaran Juara Dunia. Sepertimana anda, para selebriti tanah air juga tidak ketinggalan menonton perlawanan lebih-lebih lagi perlawanan yang melibatkan pasukan yang mereka sokong.
MD sempat bertanya kepada mereka tentang pasukan pilihan masing-masing dan pemain kegemaran mereka yang bakal bertarung di pentas Piala Dunia FIFA 2014 nanti.
Fizo Omar.


 Saya memang peminat pasukan Sepanyol! Saya harap Sepanyol akan berjaya jadi juara untuk piala dunia kali ini. Kebanyakan pemain dalam pasukan itu adalah pemain kegemaran saya. Saya tak sabar nak tonton Piala Dunia kali ini - Fizo Omar.




.




Saya sokong Sepanyol sejak muncul juara dalam edisi terdahulu. Tapi saya tiada pemain kegemaran dalam pasukan itu.Pemain kegemaran saya Cristiano Ronaldo (pasukan Portugal) sebab dia kacak, dia juga seorang pemain yang hebat - Mila Jirin.







.
Sudah tentu saya memilih Brazil. Itu merupakan pasukan pilihan saya sejak dahulu lagi, malah saya pernah menangis ketika Brazil gagal mara ke peringkat pusingan kalah mati semasa Piala Dunia 1982 dahulu. Pemain kegemaran saya banyak, Neymar (Brazil), Lionel Messi (Argentina), Wayne Rooney (England), Eden Hazard (Belgium), Cristiano Ronaldo (Portugal) dan Robin Van Persie (Belanda). Saya yakin Brazil juara! - Datuk Hattan.



.


Sejujurnya saya tak tengok bola. Tapi disebabkan Piala Dunia ni memang kebanyakan orang akan tonton, jadi saya tengok la juga. Saya sokong Sepanyol. Tapi saya tak ada pemain kegemaran - Aishah (AF2013)



.

Saya sokong pasukan Portugal. Tapi!, kalau Malaysia masuk piala dunia, mestilah saya sokong Malaysia. Pemain kegemaran ialah Cristiano Ronaldo - Adira


.


Pasukan kegemaran saya ialah pasukan dari Asia iaitu Australia, Jepun, Iran dan Korea Selatan. Pemain kegemaran saya memilih Lionel Messi (Argentina) - Altimet



.

Pasukan pilihan saya.... Sepanyol. Pemain kegemaran saya, Andrés Iniesta - Johan (Raja Lawak)



.


Saya ada tiga pasukan pilihan. Pertama, tentunya pasukan negara suami saya iaitu Perancis. Selain tu England dan Argentina. Pemain kegemaran saya pula, Lionel Messi (Argentina), Cristiano Ronaldo (Portugal) dan Steven Gerrard (England) - Nurul Wahab


.

Saya sokong Brazil dari dulu lagi sebab mereka ramai legend. Pasukan yang sekarang saya tak tahu siapa pemain kegemaran saya tapi sejak dulu saya punya pemain pilihan ialah Ronaldo - Zizan Razak


.


Saya sokong pasukan German! Pemain kegemaran saya ialah Marco Reus - Akim Ahmad




SUMBER
SUMBER

kliK-Klik-Klik