Nombor pendaftaran 9M-MRO
Ini ialah pesawat Boeing 777-2H6(ER) MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing pagi tadi. Pesawat berusia 11 tahun (memulakan operasi 31 Mei 2002) ini mempunyai nombor pendaftaran 9M-MRO dan kali terakhir mendarat di Kuala Lumpur jam 520 petang semalam dari Beijing. Pesawat ini adalah salah sebuah dari 15 Boeing 777-200 yang digunakan oleh MAS dalam operasi harian. Penerbangan MH370 hilang perhubungan dengan menara kawalan Subang jam 2:41 pagi 7march 2014 tadi dan lokasinya masih belum diketahui. Ia membawa 239 penumpang dan 12 orang anak kapal. Mari kita doakan mereka semua selamat
NOTA : Ada
khabar angin yang mengatakan ia mendarat kecemasan di China tetapi
sehingga laporan ini ditulis tiada pengesahan rasmi. #ED
Pakar-pakar penerbangan serata dunia bingung dengan kehilangan pesawat MH370.
Seorang pakar penerbangan mengemukakan bukti sejarah yang boleh menjadi penyebab kepada kehilangan pesawat MH370.
Gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang hingga membawa kepada
kesan-kesan terkumpul, kerosakan struktur, faktor kemanusiaan, cuaca
buruk, kegagalan total elektrik dan rampasan pesawat. Tidak wujud faktor
tunggal yang umumnya menyebabkan pesawat terhempas, kata Perunding
Ruang Angkasa dan Pertahanan Frost and Sullivan Asia Pacific, Ravi
Madavaram dipetik Bernama.
Gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang
Ia berlaku kepada pesawat Air France 447. Tidak ada isyarat kecemasan
dari Air France 447 kerana juruterbang tidak sedar bahawa mereka akan
terhempas hinggalah 10 saat sebelum ia berlaku.
Kerosakan struktur yang menyebabkan juruterbang hilang kawalan
Ia berlaku kepada China Airlines Penerbangan 611, semasa terbang di
ketinggian 35,000 kaki pada 2002 bila Boeing 747 (Penerbangan 611)
terhempas akibat kesilapan dalam pembaikan kerosakan.
Faktor kemanusiaan seperti tindakan yang disengajakan oleh penumpang atau juruterbang
Pesawat yang menyebabkan berlakunya insiden World Trade Centre 9/11.
Cuaca buruk serti salji, kabus, hujan, dan ais boleh menjejaskan prestasi pesawat
Ia berlaku kepada sebuah pesawat Qantas pada 2008 di Bangkok,
bagaimanapun pesawat itu mendarat dengan selamat dengan tenaga sokongan
dari Auxiliary Power Unit (APU).