KliK-KLIK-KliK

Amaran 2012 dlm surah Ar-Rahman

Amaran 2012 dlm surah Ar-Rahman
Nombor Perdana adalah Kuncinya 

Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hubungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999. Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.

Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession". Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.

Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.

Penemuan 2012 dalam al-Quran

Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;

13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77

dan jumlahnya

13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433

merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana!
tetapi paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada dalam tahun 1432H (2011M), dan kita dapat mengandaikan Allah mungkin menunjukkan suatu kejadian pada tahun 1433H (2012M).

Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);

30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 = 355 days

Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H (2012M).

Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.

Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.

Apakah peristiwa penting itu? Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.

"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:

"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:

" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran [10:69]

kliK-Klik-Klik