KliK-KLIK-KliK

Mengapa PeTAi MEnangiS



KEPALA BATAS: Misteri pokok petai menangis di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal, di sini yang mendapat perhatian orang ramai sejak beberapa hari lalu, terbongkar apabila ada pihak mendakwa air yang keluar menerusi dahan pokok itu adalah air kencing reriang.

Reriang atau riang-riang adalah sejenis serangga yang banyak hinggap di atas pokok berkenaan sejak seminggu lalu.
Pengamatan beberapa pihak dengan menggunakan kamera, mendapati serangga itu mengeluarkan cecair dipercayai air kencing pada setiap lima hingga enam saat.

Seorang pakar kajian serangga, Prof Dr Zaidi Md Isa, berkata air itu dikeluarkan serangga berkenaan ketika proses mengawan dan lazimnya dikeluarkan oleh riang-riang betina.

“Ini adalah fenomena semula jadi, cuma mungkin kali ini berlaku di pokok yang terletak berhampiran rumah yang menyebabkan orang ramai menganggapnya sebagai pelik," katanya ketika dihubungi, semalam.


SumBeR

kliK-Klik-Klik