KliK-KLIK-KliK

Kasih Ibu Membawa ke Syurga

Pengorbanan ibubapa memang tiada gantinya. Mereka tidak mengharapkan wang ringgit setelah anak-anaknya berjaya dalam kerjaya sebagai seorang manusia, akan tetapi mereka perlukan kasih dan sayang anak-anaknya. Apalah guna wang dan ringgit jika hendak dibandingkan dengan jasa ibu tanpa penat dan lelah membesarkan anak-anaknya. Dari kecil kita diasuh dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang umpama minyak yang penuh, komited dan penuh dedikasi dalam menjalankan tugas sebagai seorang ibu. Inilah dia ibu, memberi cinta tanpa syarat, memberi kasih sayang tanpa diminta.




Pepatah ada berkata seorang ibu seorang boleh menjaga 10 orang anak, tapi belum tentu 10 orang anak boleh menjaga seorang ibu. Pepatah ini ada benarnya, di saat dunia yang semakin pesat membangun, kita disibukkan dengan urusan dunia dan kadangkala kita lupa tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibu bapa apatah lagi kepada tuhan yang menjadikan. Jangan lupa sesungguhnya syurga itu dibawah telapak kaki ibu.



Tanggungjawab anak



* Anak perlu menjaga hati ibu dan ayah yang banyak berkorban membesarkan mereka

* Allah menjadikan manusia dengan tanggungjawab. Ketua keluarga mendidik zuriat untuk kesejahteraan di dunia dan akirat. Anak pula perlu kepada arahan orang tuanya yang tidak bercanggah dengan hukum Allah

* Jagalah kehidupan orang tua sendiri selagi hayat di kandung badan. Jasa mereka adalah hutang anak sepanjang hayat

* Sikap derhaka amat keji dan boleh merosakkan jiwa. Anak perlu matang bertindak terutama berkaitan hubungan dengan ayah dan ibu

* Redakan kesilapan sedikit ibu dan ayah, kerana sumbangan mereka membesarkan anak mengatasi segala-galanya

kliK-Klik-Klik